ANDA BAKAL MENCIPTA SEJARAH

Misi kami adalah untuk menerbitkan biografi sebenar mengenai tokoh-tokoh personaliti yang berjaya, dan kami menawarkan anda akses kepadanya secara percuma. Sekiranya anda merasakan bahawa terdapat maklumat dan sejarah keperibadian seorang tokoh yang belum wujud dan menurut pandangan anda ia patut menjadi sebahagian daripada ensiklopedia ini; jangan ragu-ragu untuk memaklumkan kepada kami nama penuh serta butiran untuk dihubungi mengenai tokoh ini.


SELAMAT DATANG
LAMAN WEB INI AKAN MENYEDIAKAN ANDA DENGAN SEMUA MAKLUMAT MENGENAI SYARIKAT DAN PERKHIDMATAN YANG KAMI SEDIAKAN.

A contemporary document of lasting value in exclusive design: Bordeaux red cabra leather cover, thread stitching, embossing, dedication and three‑sided gilt edging.




Sekiranya profil anda dimasukkan ke dalam ensiklopedia ini, anda akan mendapat kelebihan dengan mempunyai keterlihatan dalam talian yang lebih tinggi, di samping promosi melalui versi cetak ensiklopedia dan pelbagai kenalan dalam rangkaian dalam talian kami. Sekiranya anda merasakan bahawa terdapat maklumat dan sejarah keperibadian seorang tokoh yang belum wujud dan menurut pandangan anda ia patut menjadi sebahagian daripada ensiklopedia ini; jangan ragu-ragu untuk mengesyorkan tokoh peribadi ini kepada kami.

Para pekerja di dalam bidang profesional yang menggunakan perkhidmatan kami juga boleh mendapatkan wawancara video pelbagai guna yang bersesuaian untuk memenuhi keperluan khusus mereka. Di era milenia ini, Internet dan inovasi video yang berkembang pesat dan tidak berkesudahan ini menjadi sebahagian perkara yang penting untuk sebuah pembentangan anda yang berbentuk profesional.

Ensiklopedia adalah sumber informasi yang boleh dipercayai untuk karya berunsurkan sains dan jurnalistik. Personaliti dari sudut kehidupan secara umum dan juga yang berunsurkan perniagaan telah menjadi tumpuan selama berabad lamanya. Hari ini, fenomena ini masih lagi wujud dan terus meningkat dengan kemunculan rangkaian sosial.

Terima kasih kepada pasukan editorial kami yang sangat berdedikasi, profil yang dimasukkan dalam ensiklopedia ini adalah sangat berkualiti tinggi dan berguna bagi sesiapa yang ingin memperolehi maklumat, meluaskan jaringan perhubungan atau jika ingin menganjurkan pertemuan peribadi. Kesimpulannya, ia akan memudahkan kerja harian anda, dan ia wajib berada di dalam senarai perpustakaan peribadi anda. Selain itu, ensiklopedia kami juga mempromosikan nilai kekeluargaan serta tradisi nenek moyang kita.



Britishpedia TV

Britishpedia TV - inspirations worldwide

Dalam dunia yang penuh dengan kemungkinan besar dan peluang yang tidak berkesudahan, bukan sahaja golongan muda sering mendapati diri mereka berada di persimpangan jalan, mencari bimbingan dan inspirasi untuk mengharungi kerumitan dalam kehidupan. Bukan rahsia lagi bahawa dengan mempunyai model peranan dan mentor yang positif boleh menjadi pengubah permainan untuk para belia. Ensiklopedia dan platform khusus daripada Britishpedia yang berdedikasi mempamerkan kisah-kisah kehidupan personaliti individu yang telah berjaya, juga sedang mengambil inisiatif untuk menyediakan para individu muda dengan motivasi dan bimbingan yang mereka perlukan untuk mencapai aspirasi mereka.


SOALAN LAZIM!
SOALAN LAZIM.

Saya berpendapat bahawa saya tidak mempunyai cukup kelayakan untuk dimasukkan ke dalam Ensiklopedia ini.

Pada masa dahulu, biografi mengenai sebuah kumpulan eksklusif yang terdiri daripada golongan terkemuka, atau digelar sebagai VIP, telah diterbitkan dalam banyak ensiklopedia biografi. Trend ini kemudiannya telah berubah dengan kemunculan Web 2.0. Setiap personaliti yang telah banyak menyumbang kepada masyarakat seperti pengurus, pakar-pakar dan usahawan dari pelbagai bidang profesional dan juga mereka yang telah mencapai kejayaan baru dalam kerjaya mereka kini boleh diterima orang ramai. Kami ingin membantu ahli-ahli kami dalam kerjaya mereka, dan membantu mereka untuk terus bergerak maju ke hadapan.

Bilakah tarikh akhir untuk kemas kini kurikulum?

Setiap tahun kami akan menghantar salinan biografi anda untuk semakan semula. Terdapat juga kemungkinan untuk anda perlu mengemaskini kurikulum dalam talian pada bila-bila masa sahaja. Tarikh akhir penghantaran ke pihak editorial jatuh pada 31 Ogos setiap tahun. Selepas dari tarikh ini, anda tidak lagi boleh membuat sebarang perubahan yang dikehendaki.

Berapakah yuran penyertaan? / Bagaimana Ensiklopedia ini dibiayai?

Penyertaan tidak dikenakan sebarang bayaran. Ensiklopedia adalah organisasi yang tidak menjana keuntungan yang dibiayai berdasarkan perkhidmatan yang ditawarkan. Sekiranya anda diundang untuk sebuah temu bual; salah seorang editor kami yang berpengalaman akan membentangkan kepada anda dengan pilihan tawaran yang berbeza. Anda sama sekali tidak mempunyai paksaan untuk melanggan mana-mana perkhidmatan yang ditawarkan.

Berapa lamakah tempoh keahlian anda berkekalan?

Keahlian anda berstatus aktif selagi anda memutuskan untuk mengekalkannya, atau sehingga ada sebab yang sah untuk melakukan pembatalan dari pihak kami - seperti berlakunya kelakuan yang tidak wajar terhadap ahli lain, terlibat di dalam kelakuan jenayah, atau kematian mana-mana ahli.

Adakah saya boleh melihat dan menyemak salinan biografi saya sebelum diterbitkan dalam ensiklopedia?

Setiap tahun kami akan menghantar salinan biografi anda untuk semakan semula. Anda juga akan boleh mengemaskini kurikulum dalam talian pada bila-bila masa.

Apa yang perlu saya lakukan untuk diterima oleh Britishpedia?

Pada dasarnya, anda harus menjadi penyumbang terpenting kepada masyarakat kita. Sila buat permohonan dengan mengisi borang permohonan kami dan kami akan menjawab permintaan anda dalam masa 4 - 6 minggu.

SEJARAH
FACTUM - CREATO - CHARISMA
PENCAPAIAN - KREATIVITI - KARISMA

Sejarah manusia sering memperlihatkan kepada kita tentang seni dalam mengekalkan biografi personaliti yang luar biasa untuk generasi akan datang. Ia berasal daripada tradisi turun-temurun.

Pencetus ensiklopedia biografi hari ini boleh didapati di zaman purba kala. Kurikulum falsafah dan penulisan Plutarch pada hari ini masih lagi menjadi sumber maklumat terkaya yang memaparkan cerita-cerita luar biasa yang penting bagi kebanyakan orang yang hidup di zaman moden. Di zaman Renaisans, mengambil inspirasi daripada biografi kolektif Yunani, Filippo Villani telah menerbitkan Le vite d'uomini illustri florentini (Kehidupan Florentines yang terkenal) yang menggambarkan Florence sebagai sebuah keluarga besar dan anak-anaknya yang paling berbakat masih lagi diingati dan disanjung ramai sebagai tanda penghormatan.

Pada tahun 1849, ensiklopedia biografi yang pertama telah didedikasikan kepada keluarga diraja British, golongan bangsawan, ahli politik, para hakim dan pegawai tinggi.

Pada tahun 1897, edisi moden ensiklopedia yang pertama telah diterbitkan oleh sepasang sepupu berkulit Hitam di England. Dalam tempoh ini, biografi personaliti dari pelbagai sektor profesional boleh didapati di kebanyakan perpustakaan.

Tradisi ensiklopedia biografi telah kembali pada tahun 1840-an. BPH - BRITISH PUBLISHING HOUSE LTD bercita-cita untuk memenuhi jangkaan abad ke-21 dan menjadi leksikon yang berprestij bagi tokoh peribadi yang berjaya dan rangkaian dalam talian moden telah disesuaikan dengan kemodenan hari ini.

Maka, BPH - British Publishing House Ltd telah menubuhkan sebuah pasukan pakar yang terdiri daripada eksekutif, pengurus dan pembantu untuk memastikan kelancaran perniagaan setiap hari, dan menawarkan bantuan yang konsisten kepada ahli anggotanya. Terima kasih kepada usaha dan komitmen pasukan kami; yang mana tugas mereka terdiri daripada: mengemaskini biografi dengan maklumat terkini, mencari cerita kejayaan baru dan mengadakan temubual peribadi- Ahli-ahli Ensiklopedia boleh mendapat manfaat daripada pangkalan data bernilai tinggi dan juga platform rangkaian dalam talian yang berkembang pesat yang akan menjadi jalan untuk mereka lebih berjaya di dalam bidang mereka.

BPH - British Publishing House Ltd telah ditubuhkan pada tahun 2013 sebagai sebuah syarikat penerbitan di London dan berurusan dengan bidang penerbitan berkonsepkan-inovatif. Kami mempunyai Rakan Kongsi yang berpangkalan di London, Warsaw, Prague, Bratislava, Budapest dan Vilnius yang mana merupakan titik perhubungan untuk para pelanggan kami.

Pengembangan dan langkah kemajuan selanjutnya untuk kami bermakna pengesahan perkongsian yang adil - di mana kami sentiasa berminat terhadapnya. Sila hubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pelbagai kemungkinan kerjasama yang kami boleh tawarkan.

BPH - British Publishing House Ltd telah ditubuhkan pada tahun 2013 sebagai sebuah syarikat penerbitan di London dan berurusan dengan bidang penerbitan berkonsepkan-inovatif. Kami mempunyai Rakan Kongsi yang berpangkalan di London, Dublin, Warsaw, Prague, Bratislava, Budapest dan Kuala Lumpur yang mana merupakan titik perhubungan untuk para pelanggan kami.

Pengembangan dan langkah kemajuan selanjutnya untuk kami bermakna pengesahan perkongsian yang adil - di mana kami sentiasa berminat terhadapnya. Sila hubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pelbagai kemungkinan kerjasama yang kami boleh tawarkan.


PROSES KEMASUKAN

Keputusan ahli lembaga editorial kami untuk menerima sesebuah permohonan adalah berdasarkan kepada cadangan yang boleh dipercayai di samping penyelidikan yang meluas. Mereka mungkin akan menerima personaliti yang merupakan aset yang sememangnya berharga kepada masyarakat kita, iaitu pendapat seorang pemimpin, kepimpinan terkemuka dan bermanfaat buat seluruh rakyat Eropah. Walau bagaimanapun, di kalangan calon yang dipilih bukan sahaja orang yang telah mencapai puncak kerjaya mereka; tetapi juga buat mereka yang kami ingin bantu untuk perjalanan mereka menuju ke puncak.

Ahli-ahli yang berpotensi pada mulanya akan dijemput untuk temubual peribadi, hasilnya yang akan menentukan sama ada beliau layak untuk menjadi calon di kalangan ahli-ahli Ensiklopedia yang lain. Surat pengakuan seterusnya yang akan mengesahkan penerimaan penyertaan beliau.

Sejurus selepas kemasukan mereka, ahli kami akan diberikan akses kepada rangkaian dalam talian dan juga boleh mendapat manfaat daripada pelbagai pilihan yang difokuskan untuk mendapatkan maklumat, membina reputasi, dan perkembangan profesional lanjut.

MANFAAT KELEBIHAN

  • Dengan menyertakan profil anda di dalam salah satu senarai biografinya, Ensiklopedia ingin menonjolkan sumbangan anda kepada masyarakat.

  • Bagi kebanyakan ahli lain, penyertaan ini mewakili penghargaan tertinggi yang boleh dicapai dalam hidup mereka. Dalam kebanyakan kes, ia juga meningkatkan reputasi mereka dalam bidang aktiviti profesional mereka.

  • Rangkaian komunikasi Ensiklopedia membolehkan ahli-ahlinya mengetahui tentang tokoh personaliti lain yang sama-sama berjaya dan maklum juga dengan siapa mereka berkongsi pendapat yang sama, dan ia juga memudahkan interaksi di antara mereka serta meningkatkan peluang untuk menempa kejayaan selanjutnya.

  • Selain itu, dengan menjadi sebahagian daripada komuniti Ensiklopedia, anda akan menarik perhatian media yang boleh dipercaya. Kurikulum yang lebih terperinci dengan maklumat yang meluas akan memastikan anda akan menonjol dan menjadi lebih menyerlah pada pihak media. Malahan, aktiviti perniagaan anda juga akan mendapat tempias daripada peningkatan tumpuan dan pengaruh luaran yang positif.

  • Pada masa kini, pembentangan dalam talian untuk sesebuah aktiviti profesional seseorang lebih penting berbanding sebelum ini. Penerbitan biografi anda dalam ensiklopedia kami akan memastikan kedudukan profil anda yang tinggi berdasarkan hasil pengoptimuman enjin carian Internet yang berbeza (SEO). Anda juga boleh menambah nilai pada kurikulum anda dengan cara mempunyai wawancara video. Ia akan dipersembahkan pada platform dalam talian kami dan anda juga boleh memaparkannya di laman web anda.

JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI UNTUK MEMPEROLEHI MANFAAT DARIPADA SUMBER MAKLUMAT YANG KOMPREHENSIF ATAU MAKLUMAT MENGENAI KENALAN BARU ANDA YANG ENSIKLOPAEDIA INI TAWARKAN KEPADA ANDA.

- Martin Nikodemus -

RAKAN KONGSI









 














 


 

HUBUNGI KAMI

Your message was successfully sent!

We are sorry, your message was not sent, please try it later!

Ingin mendapatkan maklumat lanjut? Hubungi kami dengan menggunakan borang yang telah disediakan, atau hubungi kami terus untuk mendapatkan maklumat lanjut.

  • LICENSOR

    BPH - BRITISH PUBLISHING HOUSE LTD
    Level 17, Dashwood House
    69 Old Broad Street
    London, EC2M 1QS

    LICENSEE ASIA

    Britishpedia Media Group Sdn Bhd (1302459-P)
    A2-21-3, A2-21-3A, Soho Suites KLCC,
    20 Jalan Perak off Jalan P.Ramlee,
    50450 Kuala Lumpur,
    Federal Territory of Kuala Lumpur,
    Malaysia

  • Tel.

    +603-21814200

  • Email
    office-my@britishpediamedia.com
Terms of Services  |  Privacy Polices
© BPH - British Publishing House Ltd. 2012 - 2024